Tuesday, May 04, 2010

Jom Makan!

Sejak dua menjak ni, aku asyik dok pikiak pasal makan jer.

Ni suma gara-gara baru balik dari KL ler. Macam biasa, hobi utama bila sampai Malaysia ni(selain daripada carik-carik artis) adalah makan, makan, makan.



Apa ke tidak, mana lagilah kita nak dapat tempat makan yang kebanyakannya ditanggung halal. Susah dapat, beb!

So, sejak hari tu.. aku asyik teringat-ingat makanan-makanan Melayu. Aku ni, kalau makanan mat saleh, tak berapa minat ler. Sebab tu dulu Nick Carter Backstreet Boys ajak kawin, aku tak nak. Siapa nak gi layan dia, dok kat Hollywood sana. Kalau dtg mood aku nak makan asam pedas, mana nak carik? ;-P



So, ni adalah senarai makanan-makanan feberet aku (tanpa mengikut sebarang urutan).. Enjoy!]





Ikan Masak Taucu:



Aku mula suka lauk ni bila dulu masa sec school, aku rasa makcik aku (Cik Jah) masak. Dalam orang mengutuk yang dia tak pandai masak, aku rasa taucu dia memang kelas woo! Lebih lagi bila dia letak telur burung, meletup! And of course, kalau ada hirisan bawang and cili macam kat atas tu... Tak gerak aku dari meja makan.




Cincalok:


Yang ni pun aku suka sgt, walaupun susah nak dapat orang hidangkan.. sebab macam tak berapa fofular. Aku ada gak beli sebotol, bila2 terasa tak tau apa nak makan, keluarkan cincalok ni... hiris jer cili and bawang.. Sedap hingga menjilat jari!



Asam Pedas:



First time, makan asam pedas was in Tanjung Balai. I think I was about 5 or 6 years old. Ibu suapkan nasi ngan asam pedas campur ngan kuah sup sawi. Fuh! Sedapnyer... Macam boleh terasa sampai sekarang. Asam pedas ni bertambah-tambah kick kalau ada sayur asam r daun kesum (ni ibunyer style) and bendi ngan tomato banyak-banyak (style tokne). Kalau kat Tampines dulu, aku selalu tgk tv sambil hirup semangkuk asam pedas.




Sambal tumis petai:

Aku tak berapa ingat sejak bila pandai makan petai ni. Tapi petai ni makan mentah gitu, tak suka sangat. Kalau dah buat sambal, lain citer. Seronok betul rasanya! Setakat ni kat rumah sendiri tak pernah masak petai. Bukan apa, laki aku tak feberet bau petai kan.... jadi, kesian dia. Ini aku bedal kat Tampines jer. Ayah kalau gi Buru selalu bawak balik petai berkoyan-koyan.. Lauk petai paling best pernah makan, kat restoran Madam Kwan, kat KLCC. Bayangkan, dalam restoran high class macam tu ada jual sambal petai. Hebat betul!



Sambal Hijau/ Sambal Lonteh:

Ni kira macam sambal belacan versi hijau jer. Aduiiiii... ni pun, aku kadang-kadang dok tv makan sambal jer. Lagi pedas, lagi best! Kalau ada ni, takde lauk lain pun tak kisah lah wei!


Siput Sedut:
Siput sedut ni masak lemak memang sedap, tapi aku lagi suka kalau masak kicap. Jarang nampak orang masak siput sedut masak kicap, tapi ibu kat rumah lebih suka masak kicap. Kepuasan menyedut siput ni memang susah nak digambarkan. Dan kegeraman kalau tak dapat sedut tu pun lagi susah aku nak gambarkan.
Ada sekali tu aku 'puasa' daripada makan siput ini untuk beberapa bulan. Nak tahu kenapa? Al-kisahnya, waktu tu, Mbakyu aku ada simpan siput dalam besen, dia tutup lah dengan tutup periuk. Letak dalam balkoni. Sekalai tu, bila aku masuk balkoni, tak ke terjerit bila nampak siput merata-rata, all over the floor... Aiyohh!!! So the geli one!
Tapi kejap jer aku geli, lepas tu dah ngaaap balik!Well, Yati and sambal tumis, memang tak boleh dipisahkan. Especially dulu kat Tampines, selang dua hari mesti ada lauk sambal sebab suma hantu sambal! Antara sambal tumis yang best, sambal tumis telur Nek Teh kat Buru.. Fuyyoooooooo!!! I miss your sambal lah, Nek Teh! Dah nak masuk 3 thn aku tak merasa sambal Nek Teh ni!
Tapi apakan daya, dapat suami yang tak makan sambal. Sedih betul rasa!




Pucuk Ubi Rebus:

Sifat ska makan sayur ni disemai dari kecik lagi.. oleh siapa lagi kalau bukan Puan Munahwarah Mokhtar. KEcik-kecik dia suka pakai line ni... "Makan sayur ni, nanti dah besar kulit cantik jer... Lawa. Ati nak lawa tak? Kalau nak.. makan ni..." HAhahha.. Dalam keterpaksaaan, aku makan lah. Tapi lama kelamaan, jadi kesukaan. Aku kalau takde sayur, rasa macam tak selera. Kalau adik-adik aku feberet ayam ke daging ke... aku feberet sayur.
Pucuk ubi rebus ni kalau cicah ngan sambal kacang, memang kick. Buat makan ngan nasi boleh... Makan camtu jer pun ok!






Lemak Turi & Keledek

Inilah antara lauk yang ada kombinasi yang very syiok.. Turi tu kan pahit-pahit sikit tapi kalau kena ngan keledak yang lemak n manis, betul nyer padan! Tapi lauk turi ni pun jarang makan. Dulu lauk ni, ibu jer yang suka masak... jarang jugak aku nampak lauk ni kat mana-mana.


Tempoyak udang:

Seelum aku tulis apa-apa pasal ni aku nak jerit dulu,

" SEEEEDAAAAAAAAAPPPPPNYEEEERRRRRRRRRR!!!"

Aku pernah tulis dulu dalam blog ni pasal tempoyak udang. Rasanya so the lemak tapi ada pahit-pahit durian sikit. Tapi sedappppppppppppppppppp......


Asam Rebus:

Kalau aku cakap pasal asam rebus, aku ingat satu orang je.. Tok Ne. Sebab Tok NE yang handal masak lauk ni. Asam rebus tok ne best sebab dia suka letak cauliflower, nenas, kacang panjang and jagung kecik-kecik tu. Kalau aku dtg rumah tok ne, mesti dia masakkan asam rebus, walaupun dalam keadaan tangan dia yang dah terketar-ketar tu. Untuk cucu kesayangan katakan.. kwang kwang kwang... Jangan jeles eh!



Jadi, itulah adi antara makanan-makanan kegemaran Nurhayati.
Kalau korang campak aku kat Australia ke, New Zealand ke... gerenti aku meraung sebab tak dapat cari makanan macam tu. Tapi kalau korang campak aku kat ceruk-ceruk kampung, mesti aku jadi orang paling happy dalam dunia sebab dapat makan makanan Melayu kampung.

Cuma nasib kurang baik, dapat partner yang lebih cenderung makan fillet, makan pasta, makan sandwich. Jadi, tak ada motivasi untuk masak makanan macam yang di atas tadi,, kerana masak untuk diri sendiri aja, sungguh tak ada semangat you!

Tapi, azam baru minggu ini... aku akan masak SATU lauk feveret setiap minggu untuk kepuasan, kenikmatan dan kebahagiaan diri sendiri.

Jemput makan........

No comments: